Calon Perdana Menteri sementara Rampasan_kuasa_di_Thailand_2006

Perlantikan perdana menteri sementara menggantikan Thaksin Shinawatra akan dibuat dalam masa terdekat. Ada beberapa calon yang difikirkan layak sebagai Perdana Menteri sementara. Calon ini mestilah bukan menteri era Thaksin. Ini kerana menteri era Thaksin mengamalkan sistem kroni , terutama di kalangan adik- beradik, saudara-mara dan rakan sekolahan Thaksin.

  • Pridayadhorn Devakula ialah [[Gabenor Bank Thailand]. Beliau berada di Singapura menghadiri mesyuarat Tabung Matawang Antarabangsa dan Bank Dunia semasa rampasan kuasa. Beliau dilihat calon terbaik yang dekat dengan golongan korporat. lebih demokratik, perhubungan antarabangsa yang luas dan lebih penting mendapat kepercayaan Raja Bhumipol. Beliau dilantik oleh Thaksin menjadi Gabenor Bank Pusat sejak 2001. Mendapat pendidikan di Amerika Syarikat dalam bidang ekonomi dan dihormati oleh pemimpin kanan Amerika Syarikat. Tahun 2007 umurnya mencapai 60 tahun yang akan bersara wajib.
  • Prof Dr Ackaratorn Chularat ialah Presiden Mahkamah Pentadbiran Agung. Beliau ialah profesor undang-undang awam. Beliau pernah dipanggil oleh Raja Bhumipol pada April 2006 bagi menyelesaikan krisis yahng berpunca dari pilihan raya yang dibatakan kemudiannya.
  • Jeneral Surayud Chulanont ialah Anggota Majlis Privi . Beliau ialah bekas Panglima Tentera Darat dan penasihat kanan kepada Raja Bhumipol. Sering mengiringi Permaisuri Sirikit atau Putera Mahkota Vajiralongkorn semasa melawat selatan Thai. Beliau dihormati sebagai pegawai tentera yang bijak dan profesional.
  • Sumet Tantivejakul ialah ketua agensi perancangan ekonomi dan sosial . Sumet kini menjadi Presiden Yayasan Chaipattanz yang banyak terlibat dalam projek pembangunan.Beliau pernah menyelar dasar 'kapitalis tamak' yang diamalkan oleh Thaksin.
  • Chanchai Likhitjitta ialah antara hakim yang ditugaskan oleh Raja Bhumipol untuk menyelesaikan krisis pilihan raya 2 april 2006. Beliau akan bersara sebagai Presiden Mahkamah Agung pada September 2006.
  • Anand Panyarachun ialah bekas Perdana Menteri Thailand pada 1991 .Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand selepas jeneral menggulingkan kerajaan awam pimpinan Chatchai Choonhavan. Beliau merupakan ahli prniagaan dan bekas diplomat. Berumur 70-an , Beliau kembali memegang jawatan kuasa Perdana Menteri pada 1992 selepas proksi tentera memenangi pilihan raya . Namun Anand Panyarachun dijatuhkan oleh kuasa rakyat.

Berkaitan